Cara-Cara Buat Baby Cakoi Yang Lembut
Petang-petang ini memang best kalau kita dapat menjamu kuih gebu dan lembut seperti Baby Cakoi. Kenikmatannya lebih istimewa apabila kita dapat makan panas-panas yang baru sahaja diangkat dari kuali.
Jika kita malas nak keluar beli namun ada masa yang terluang, apa kata cuba buat sendiri Baby Cakoi ini terus dari rumah?
Dengan cara ini, kita boleh menyediakan lebih banyak Baby Cakoi yang boleh kita nikmati ataupun untuk kita kongsikan bersama jiran-jiran.
Berikut merupakan cara-cara untuk membuat baby cakoi yang lembut:
BAHAN-BAHAN:
• 3 cawan tepung gandum
• Mentega – (dua satu besar)
• Garam (satu kecil)
• 1 cawan air suam
• Susu pekat (dua sudu besar)
• Gula (satu sudu besar)
• 1 biji telur
• Yis (satu besar)
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung gandum, mentega dan garam dalam mangkuk besar. Gaul sehingga menjadi serbuk roti yang sekata.
2. Dalam bekas berasingan, campurkan yis, telur, gula, susu pekat dan air suam. Kacau rata supaya semua bahan sebati. Kemudian terus masukkan ke dalam tepung tadi.
3. Tuang adunan yis ke dalam tepung dan uli sehingga semua bahan sebati. Doh yang terhasil mungkin agak lembut, tetapi selepas doh mengembang, baby cakoi akan menjadi lebih gebu dan mudah dibentuk.
4. Biarkan doh mengembang. Masa yang diperlukan untuk ini adalah sekitar 30 minit hingga 1 jam, bergantung pada cuaca dan yis yang digunakan.
5. Selepas doh mengembang, tumbuk doh untuk menghilangkan angin yang terperangkap di dalamnya.
6. Untuk mengelakkan doh melekat pada tangan kita, sapu sedikit tepung gandum pada tangan sebelum membentuk baby cakoi.
7. Cara membentuk baby cakoi ialah dengan menggelekkan doh di atas permukaan yang dicampur dengan tepung gandum sehingga panjang, kemudian dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan lipat di tengah.
8. Untuk membentuk baby cakoi, bulatkan doh dan tekan untuk membentuk bentuk rata menggunakan penutup botol.
9. Biarkan doh naik dua kali ganda semula.
10. Panaskan minyak dalam kuali supaya betul-betul panas. Kemudian goreng baby cakoi menggunakan api sederhana hingga keperangan.
Menyediakan Baby Cakoi yang lembut dan sedap di rumah sebenarnya tidaklah sesusah mana. Bahan-bahan juga merupakan bahan yang mudah dicari dan dengan langkah-langkah yang mudah.
Kini, kita boleh menikmati Baby Cakoi yang lembut dan gebu yang dibuat sendiri. Baby Cakoi ini sesuai dinikmati semasa masih hangat dan dimakan bersama Sambal Kacang Pecal Jamilah Mansor.
Sambal Kacang Pecal Jamilah Mansor kini lebih mudah untuk dibeli, kita boleh membelinya di pasaraya seperti Mydin, TF-Value Mart, Aeon, Aeon Big, Segi Fresh Mart, NSK Mart, Redtick, Az Zain, Hero Market, ST Rosyam Mart, Lesong Mart dan Jaya Grocer.
Untuk Pembelian Online, Boleh Dapatkan di Lazada, Shopee, dan website kami.




