Cara Buat Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam
Tauhu sumbat ayam adalah salah satu makanan yang sering dijumpai di pasar malam. Makanan ini mempunyai rasa yang lazat dan sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan untuk santapan malam.
Jika kita ingin membuat tauhu sumbat ayam ala pasar malam di rumah, berikut adalah resepi & langkah mudah yang boleh kita ikuti:
BAHAN-BAHAN:
• 5 keping tauhu
• Setengah bungkus ayam kisar
• 1 biji bawang besar (ditumbuk)
• 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 2 biji telur
• Secubit lada hitam
• Secubit lada sulah
• Garam dan gula
• Daun sup dan daun bawang
• Minyak
CARA MEMASAK:
1. Langkah pertama ialah memulakan dengan menggoreng kepingan tauhu terlebih dahulu hingga masak.
2. Selepas siap digoreng, tunggu kepingan tauhu sejuk dan potong dua.
3. Kemudian, keluarkan isi tauhu dengan lembut tanpa merosakkan kulit luar tauhu. Hancurkan isi tauhu yang dikeluarkan.
4. Untuk membuat inti tauhu, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
5. Masukkan ayam kisar dan masak sehingga ayam agak masak.
6. Kemudian, masukkan isi tauhu yang telah dihancurkan sebelumnya. Anda juga boleh menambahkan lobak merah dan jagung.
7. Taburkan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Tambahkan garam dan gula mengikut selera.
8. Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang, dan gaulkan semua bahan.
9. Setelah bahan inti siap, sumbatkan inti ke dalam kulit tauhu sehingga padat.
10. Celupkan tauhu yang telah disumbat ke dalam bancuhan telur dan gorengkan sekali lagi.
11. Setelah siap, taburkan sedikit cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya untuk menambahkan kesedapan.
Tauhu sumbat ayam ala pasar malam siap dihidangkan dan boleh disajikan bersama-sama dengan Sambal Kacang Pecal Jamilah Mansor. Ia merupakan hidangan yang sangat sedap dan pasti akan menjadi kegemaran keluarga anda. Cuba buat sendiri di rumah dan selamat mencuba!
Sambal Kacang Pecal Jamilah Mansor kini lebih mudah untuk dibeli, kita boleh membelinya di pasaraya seperti Mydin, TF-Value Mart, Aeon, Aeon Big, Segi Fresh Mart, NSK Mart, Redtick, Az Zain, Hero Market, ST Rosyam Mart, Lesong Mart dan Jaya Grocer.
Untuk Pembelian Online, Boleh Dapatkan di Lazada, Shopee, dan website kami.




