5 Kebaikan Memakan Sayur & Buah
Sayur dan buah-buahan dikenali sebagai sumber nutrisi yang kaya, termasuk vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat.
Negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama dalam pemakanan mereka, kerana mereka menyedari bahawa makanan yanag sihat dapat meningkatkan kualiti hidup.
Sayur-sayuran adalah sangat penting bagi kesihatan badan, minda dan emosi. Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat khusus yang baik bagi tubuh. Mari kita lihat 5 kebaikan yang boleh diperoleh daripada memakan sayur-sayuran.
1) Membina Dan Memperbaiki Tulang
Beberapa sayuran hijau seperti sayur kailan yang kaya dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang tetap kuat. Ini juga dapat mengurangi risiko osteoporosis.
Sayur yang mengandungi kalium juga memiliki fungsi yang sama. Untuk memperoleh tulang yang kuat, tubuh kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan memperbaiki tulang.
2) Membantu Proses Menurunkan Berat Badan
Sayuran hijau semula jadi adalah rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang membuatkannya lebih lambat untuk dicernakan. Ini akan membantu kita merasa kenyang lebih lama.
Kelebihan utama sayuran hijau adalah kalorinya rendah, yang membantu proses penurunan berat badan.
3) Menangani Masalah Kesihatan
Sayur juga memiliki rasa yang lazat dan sekaligus memiliki komponen yang boleh membantu mengatasi masalah kesihatan dan menyediakan gaya hidup yang lebih sehat.
Ahli-ahli ilmu pengetahuan telah membuktikan bahwa kandungan dalam sayur-sayuran boleh mengatasi masalah-masalah kesihatan seperti kanser, penyakit hati, diabetes dan hipertensi.
4) Mencantikkan Kulit
“Sayur-sayuran hijau yang kaya dengan air membantu badan mempertahankan kelembapan dan membantu memperbaiki kecantikan kulit dan rambut.
Anti-oksidan seperti vitamin C yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau juga membantu menghasilkan kolagen dan membantu menjaga kulit dan rambut cantik serta mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk menjaga kulit sihat meskipun bertambah tua.
5) Meningkatkan Sistem Imun
Sayuran hijau seperti bayam memiliki beta-karoten yang membantu melindungi sel dari kerosakan, meningkatkan fungsi sistem imun dan melindungi mata dari penyakit yang berhubungan dengan usia.
Ini juga menyumbang terhadap pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Menurut kajian, orang yang rutinnya mengamalkan sayuran dan buah-buahan memiliki hidup yang lebih sihat dan lebih panjang dibandingkan mereka yang tidak.
Dengan adanya Sambal Kacang Pecal Jamilah Mansor, kita boleh makan bersama pecal dan ia boleh disajikan sebagai hidangan pembuka atau pelengkap makan. Jadi tunggu apa lagi mari kita makan pecal kerana dalam makanan pecal ada banyak sayuran.
Sambal Kacang Pecal Jamilah Mansor kini lebih mudah untuk dibeli, kita boleh membelinya di pasaraya seperti Mydin, TF-Value Mart, Aeon, Aeon Big, Segi Fresh Mart, NSK Mart, Redtick, Az Zain, Hero Market, ST Rosyam Mart, Lesong Mart dan Jaya Grocer.
Untuk Pembelian Online, Boleh Dapatkan di Lazada, Shopee, dan website kami




