Pecal Sayur Kuah Kacang
Sebut saja masakan pecal sayur kuah kacang ini pasti terliur dibuatnya. Hidangan ini antara makanan yang digemari rakyat Malaysia. Masakan ini kaya dengan sayurannya yang memikat hati dan selera.
Resipi ini juga sesuai dengan anak-anak untuk mereka bertambah suka makan sayur disebabkan rasanya yang menjadi lebih enak apabila dicampur dengan kuah kacang.
Resipi yang sedap, mudah, mesra vegetarian dan juga paling penting mengenyangkan. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara nak masak.
BAHAN-BAHAN:
Ramuan:
•1 1/2 cawan kacang tanah
•6 tangkai cili kering
•4 biji bawang merah
•Air asam jawa
•Belacan
•Garam
•Gula
Sayur:
•Taugeh
•Kacang panjang
•Kangkung
•Jantung pisang
•Tauhu
CARA MEMASAK:
1. Gunakan sedikit sahaja minyak untuk goreng kacang sampai bertukar warna (jangan sampai hangus). Biarkan seketika untuk sejuk sebelum dikisar.
2. Goreng pula cili kering, bawang merah dan belacan. Angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum dikisar bersama air asam jawa.
3. Kemudian, goreng tauhu dan setelah selesai dipotong dadu.
4. Celur pula sayur tauge, kangkung, kacang panjang dan jantung pisang. Kemudian tuskan sayur-sayur tersebut.
5. Langkah akhir, campur kesemua bahan yang telah disediakan dan gaul rata. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
Menu masakan kali ini agak santai kerana masakan ini boleh dimakan bila-bila sahaja sama ada dengan nasi atau dimakan begitu sahaja. Walaubagaimanapun, tidak semua memiliki masa yang mencukupi untuk memasak hidangan ini.
Jadi sebagai pemudah cara, kita boleh membeli Sambal Pecal Kuah Kacang keluaran Jamilah Mansor yang memudahkan dan mempercepatkan proses memasak. Sambal ini boleh diperolehi di stokis-stokis seluruh Malaysia atau dibeli terus secara online. JOM beli!!!
Untuk Pembelian Online, Boleh Dapatkan di Lazada, Shopee, dan website kami.